Tuesday, June 30, 2009

Renung-Renungkan........Selamat beramal

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan. dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan nama mu di langit. dan jagalah lidahmun kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."

Sabda Rasulullah lagi :

4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:-
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan

Seorang hakim berkata : 6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-

1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.

Rasulullah bersabda:

" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama,
2.Berhati-hati dalam lidah,
3.Senyum di muka,
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.

Yakya bin Aksam berkata :

"tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatannya."
Lukhman al-hakim berkata kepada puteranya: hai anak, siapa yang bersahabat pada seseorang yang jahat tidak selamat. dan siapa yang masuk di tempat yang jelek akan tertuduh. dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya akan menyesal.


Seorang hakim berkata :

Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu.
1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahanh bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

Jasmani Anak Adam

Jasmani anak adam terbahagi kepada 3 iaitu hati, lidah dan anggota badan. Allah telah memuliakan setiap bahagian tersebut, hati di muliakan dengan ma'rifat dan tauhid. Lidah di muliakan dengan kalimah syahadah dan membaca al-quran. Dan anggota badan yang lain di muliakan dengan sembahyang, puasa dan ibadat2 lain. dan allah menyerahkan bahagian2 itu pada pengawas dan pengawal di mana hati di awasi oleh Allah sendiri sehingga tiada yang mengetahui apa yang di dalam hati. lidah pula di serahkan kepada malaikat raqib dan atiq.tiada melepas sepatah kata melainkan padanya pencatat raqib dan atiq.anggota badan yang lain pula di serahkan kepada perintah dan larangan dan masing2 di minta menepati dan jujur. Maka kejujuran hati ialah tetap beriman. Kejujuran lidah tidak berdusta dan tidak membicarakan apa-apa yang bukan kepentingannya.Dan kejujuran anggota badan tidak digunakan untuk maksiat dan tidak menganggu orang muslim. Maka siapa yang tidak jujur hatinya bererti munafik dan siapa yang tergelincir lidahnya maka ia kafir dan siapa yang tergelincir anggota badan maka ia maksiat (berdosa).
Umar bin Alkhattab r.a berkata hai pemuda jika engkau dapat menjaga 3 macam bahaya maka engkau terhindar dari bahaya kepemudaanmu iaitu jika engkau menjaga lidahmu, kemaluanmu dan perutmu.

Luqman Alhakim

Luqman Alhakim menceritakan kisah seorang hamba yang disuruh oleh tuannya menyembelih kambing dan menyediakan hidangan dari bahagian kambing yang paling baik. Maka hamba tersebut menghidangkan hati dan lidah. Keesokkan hari nya, tuan tersebut menyuruh hamba menyembelih kambing lagi seekor dan menghidangkan bahagian yang paling busuk maka hamba tadi menghidangkan hati dan lidah.Tuan tersebut hairan meminta penjelasan dari hambanya.Hamba tersebut menjawab di dalam badan tidak ada yang lebih baik dari hati dan lidah dan bahagian yang paling busuk juga adalah hati dan lidah.

0 comments:

Post a Comment